"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar". (A-li'Imraan 3:146)
Seseorang tidak boleh putus asa hinggakan dia menginginkan kematian. Sekiranya memang sudah sangat terpaksa hendaklah ia berdoa kepada Allah, agar Allah memberikan hal yang terbaik baginya; apakah kehidupan atau kematian. Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Janganlah salah seorang di antara kalian mengangan-angankan datangnya kematian kerana musibah yang menimpanya. Dan sekiranya ia memang harus mengharapkannya, hendaklah ia berdoa; "Ya Allah, teruskanlah hidupku ini sekiranya hidup itu lebih baik untukku, dan wafatkanlah aku sekiranya itu lebih baik bagiku". (HR. Bukhari Muslim)
No comments:
Post a Comment