please read
Menurut hadis Nabi, zaman umat Nabi Muhammad saw
dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:
"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah
kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khalifah yang
mengikuti jejak kenabian (Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah) adanya atas
kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk
mengangkatnya.
Selanjutnya kerajaan menggigit ( Mulkan 'Adhan),
adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu kerajaan menyombong (Mulkan
Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila
Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti
jejak kenabian (Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah)
Kemudian Nabi diam; "
(Hadis Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada
Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah)
Mengikut Rasulullah saw; fasa pertama adalah pada
zaman Nabi masih hidup, zaman ini telahpun berlalu, kemudian zaman pemerintahan
yang mengikut cara pemerintahan kenabian, kita dapati umat Islam diperintah
oleh 4 khulafaa ar Rasyidin, inipun telah berlalu, kemudian datang pula zaman
pemerintahan kerajaan yang 'menggigit' yakni yang menyerahkan kekuasaan kepada
keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Ummayyah, Abasiyyah
dan Uthmaniyah yang berkuasa menggunakan sistem monarki, zaman inipun telah
berlalu.
Kemudian datang pula satu zaman dunia diperintah
oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Inilah fasa atau zaman yang
sekarang ini. Kemudian setelah berlaku fasa ke empat akan datang pula fasa ke
lima. Dalam fasa ke lima, dunia akan diperintah sebagaimana cara Nabi mengikut
syari'at Islam. setelah selesai menceritakan hal itu tiba-tiba Rasulullah saw
diam dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.
Rasulullah saw telah mengingatkan bahawa
hidup dalam fasa ke empat akan kedatangan satu fitnah yakni fitnah yang paling
besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal.
Dajjal tidak akan datang pada fasa ke lima, fasa
ini kekuasaan telah berada di tangan orang-orang yang beriman. Dajjal tidak
akan muncul selepas fasa ke lima kerana masa sejarah ketamadunan manusia
telahpun tamat.
Pada fasa ke empat itulah IBLIS akan mengumpulkan
dan menyesatkan seberapa ramai (seramai mungkin) manusia untuk mengikutnya ke
neraka dan dalam fasa ke 4 inilah kita berada sekarang ini.
No comments:
Post a Comment