Sunday, May 11, 2014

biar

aku rasa kerdil bila dipandang bodoh.
aku tak sepantas kamu yang boleh bertindak tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu tindakan. 
aku tak sebijak kamu yang tak perlu soal kesahihan sesuatu perkara
aku tak sehebat kamu yang boleh merunding jari tanpa mengenali dahulu.

tidak. aku kerdil dan bertambah kerdil bila kamu pandang aku bodoh. 
memang aku bodoh. 
aku yang bergerak perlahan. aku tahu.

aku perlukan masa sebelum aku berbicara. aku takut kalau yang keluar dari mulut aku itu dosa dan boleh menyakiti orang yang mendengarnya. 

aku kerdilkan diri supaya aku mampu melihat dari pandagan yang berbeza. pandagan yang ramai daripada kamu lupa kerana sibuk meninggikan diri. dari bawah aku lihat dan biar diri ini dipandang bodoh.

memang aku bodoh. 
yang bergerak perlahan dan yang reti hidup dengan manusia
walaupun lambat. walaupun dihina dicaci.

kamu yang buta mata dan buta hati. 
hidup keseorangan walaupun dikelilingi manusia.
hebat pada mata tapi kosong jiwanya. 
apa yang dikejar?

yang bodoh ini tidak mengerti. 


No comments: